Kenali Jenis Kulit


Sumber gambar : Google

Ramai wanita yang mengalami masalah penjagaan kulit kerana tidak mengenali dengan betul jenis kulit sendiri. Apabila tidak mengenali jenis kulit, maka ramai yang membuat kesilapan dengan memilih produk penjagaan kulit yang salah sekaligus menyebabkan kulit muka menjadi bertambah teruk dan kelihatan tidak cantik atau bermaya.

Jom kenali jenis-jenis kulit dahulu sebelum memutuskan untuk membeli atau memilih sesuatu produk yang sesuai.

1) KULIT NORMAL

- Jenis kulit yang sempurna
- Terasa licin dan kelihatan sihat
- Mempunyai campuran minyak dan lembapan yang seimbang
- Kurang cenderung mendapat jerawat dan liang-liang tersumbat
- Produk penjagaan kulit yang tidak sesuai boleh menyebabkan kulit kering

2) KULIT BERMINYAK

- Rembesan sebum yang berlebihan, kulit kelihatan berkilat
- Cenderung menjadi berminyak selepas pembersihan
- Liang-liang besar dapat dilihat, mudah tersumbat
- Cenderung mendapat bintik-bintik hitam, akne dan jerawat

3) KULIT KERING

- Kulit kering, kasar, menyerpih, merekah
- Penampilan tegang, rapuh dan kusam
- Cenderung terasa tegang selepas pembersihan
- Liang-liang halus
- Cenderung memiliki kedutan dan garis-garis halus

4) KULIT KOMBINASI

- Kelihatan sihat dengan tekstur yang licin
- Berminyak di sekitar zon T (bahagian dahi, hidung dan dagu)
- Kering pada pipi
- Zon T mudah mendapat akne dan jerawat
- Produk penjagaan kulit yang tidak sesuai boleh menyebabkan kedutan pramatang dan/atau jerawat

Sebab itu sangat penting untuk mengenali jenis-jenis kulit muka dahulu supaya dapat memilih produk yang bersesuaian.

Mahu ketahui jenis-jenis kulit anda? Hubungi saya perunding kecantikan kulit anda di 012-970 6828 (Whats App sahaja) dan dapatkan temujanji untuk sesi pengenalan dan kenali kulit.

Comments

Popular Posts